TWA Penerbangan 800 ialah sebuah pesawat
Boeing 747 yang terhempas di
Lautan Atlantik berdekatan
Pulau Long pada 17 Julai 1996. Insiden ini meragut nyawa penumpangnya seramai 212 orang dan 18 anak kapal.Pesawat tersebut sedang dalam perjalanan dari
New York City menuju
Paris semasa berlepas. Namun ketika terjadi peristiwa itu pesawat tiba-tiba meletip di udara tepatnya di
Pulau Long dan terjun ke laut, terletak 20 mil bahagian tenggara timur. Kerana bahan bakar
avtur meruwap (wap avtur sangat mudah meletup dan terbakar) menyebabkan ledakan akibat korsleting pada kabel elektrik di bahagian tangki bahan bakar sayap tengah (CWT - Center Wing fuel Tank) sehingga berlakunya letupan yang merosakkan struktur pesawat secara keseluruhan (bahagian depan terpisah dari badan pesawat). Tiada satupun penumpang yang selamat.Korsleting pada kabel elektrik ini disyaki kerana pesawat itu sendiri sudah lanjut usia (pesawat ini aktif sejak tahun 1971, dan dibeli baru oleh TWA). Analisis saksi dan foto yang beredar menunjukkan sisa badan pesawat yang menyala sempat naik beberapa saat sebelum jatuh. Beberapa orang mengesyaki gambar itu merupakan peluru berpandu yang menembak kapal perang AS yang sedang mengadakan latihan perang (peluru berpandu anti pesawat yang tidak sengaja mengenai pesawat tersebut). Inilah yang memulakan perdebatan dan teori konspirasi penyebab kemalangan pesawat ini. Beberapa teori lain mengatakan bahawa pesawat tersebut ditembak jatuh oleh pengganas. Teori lain mengatakan bahawa gelombang elektromagnetik dari pesawat pengintai maritim AL Amerika Syarikat
Lockheed P-3 Orion yang sedang mengadakan latihan pengintaian, bahagian dari latihan perang AL AS, menyebabkan letupan. Sehingga hari ini, tiada sebab yang pasti tentang kemalangan pesawat ini, dan hal ini masih diperdebatkan.
Christian Panucci, pemain bola sepak Itali yang menyertai Olimpik 1996 di Atlanta hampir menjadi mangsa dalam tragedi ini. Ketika itu beliau membatalkan penerbangan karena kehilangan beg pakaiannya dan menukar penerbangan lain di hari yang sama. Kepulangannya sendiri kerana mengalami cedera, sehingga memutuskan pulang terlebih dulu.