Tachimochi (terjemah: pembawa pedang) merupakan istilah yang digunakan dalam
sumo untuk menggambarkan satu daripada dua pengiring
yokozuna apabila dia melaksanakan
dohyo-iri atau upacara kemasukkan gelanggang. Pengiring yang satu lagi dipanggil
tsuyuharai.Semasa upacara dijalankan,
tachimochi akan mengiringi yokozuna, memegang pedang pada tangan kanan, untuk memasuki gelanggang dan mencangkung pada bahagian tangan kanan. Pedang yokozuna adalah tanda tradisional taraf
samurainya. Setelah yokozuna selesai melaksanakan tarian upacara, tachimochi akan sekali lagi mengiriginya keluar dari dohyo.
Tachimochi mestliah bertaraf ahli gusti sumo
makuuchi (atau
rikishi) dan jikalau boleh dari kumpulan pelatih (atau heya) yang sama. Jika tiada pilihan sesuai daripada kumpulan pelatih tersebut,
tachimochi biasanya berasal daripada kumpulan pelatih yang berkaitan (daripada perkumpulan ichimon yang sama).
Tachimochi semestinya ahli gusti bertaraf tertinggi antara kedua-dua pengiring.Kesemua tiga ahli gusti mestilah memakai satu set sepadan
kesho-mawashi miliki yokozuna semasa upcara, dan kerana upcara tersebut menyusuli upcara kemasukkan gelanggang bagi ahli gusti makuuchi pada hari kejohanan, ini bermaksud
tachimochi juga akan memakai kesho-mawashi miliki yokozuna bagi kemasukkannya sendiri.Ahli gusti yang dijadualkan menandingi yokozuna pada sesuatu hari
honbasho (atau kejohanan) tidak akan memegang peranan tachimochinya sendiri.Dalam keadaan biasa,
tachimochi bukannya yokozuna lain atau
ozeki. Ozeki boleh memegang peranan
tachimochi semasa dohyo-iri pertama seorang ahli gusti, diadakan di
Meiji Jingu di
Tokyo. Yokozuna hanya akan memenuhi peranan tersebut di upacara persaraan yokozuna yang lain, atau di upcara istimewa selepas yokozuna yang lain mengumumkam kebesaraannya, tetapi sebelum upcara terakhir.