Tajau
Tajau

Tajau

Tajau merupakan nama yang diberikan kepada sejenis bekas tempayan atau tembikar bersaiz sederhana atau besar yang diamalkan khususnya dalam budaya etnik-etnik Borneo iaitu Dayak,[1] Kadazan-dusun dan Murut, antara lainnya. Bagi suku Dayak, tajau dijadikan barang pusaka yang digunakan untuk menyimpan barang berharga, malah mempunyai harga yang tinggi berbanding bentuk-bentuk seramik yang lain. Ini adalah kerana bahan yang digunakan dalam pembuatan tajau bukan hanya dari tanah liat semata-mata, tetapi juga dicampur dengan serbuk emas, batu intan atau benda berharga yang lain.[2]Corak bentuk dan saiz tajau sangat berbagai-bagai.[3] Untuk mengamati, mengetahui asal-usul, menganggarkan tahun pembuatanya dan kualiti pembuatanya perlunya pemerhatian yang amat cermat. antara lain dengan mengamati lukisan yang terdapat pada tajau tersebut, kerana tajau terdiri daripada dua jenis iaitu tajau lelaki dan tajau perempuan.Sementara itu untuk fungsi tajau sendiri digunakan sebagai barang adat pada acara meminangkan gadis, tempat menyuguhkan sesaji bagi para leluhur atau roh-roh suci. Juga ditemui bahawa tajau juga digunakan untuk menyimpan tulang mayat manusia yang telah meninggal, terbukti pada penemuan perkuburan tajau pada tahun 2010  di Kecamatan Sanga sanga Kabupaten Kutai Kartanegara, Indonesia.[4]

Rujukan

WikiPedia: Tajau http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://sains.kompas.com/read/2010/06/07/08372738/K... http://www.urangsabah.com/adat-kematian-kaum-murut... http://humabetang.web.id/dayak/budaya/2013/mengena... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20... http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=854 http://www.smc.gov.my/modules/web/pages.php?mod=do... https://webcache.googleusercontent.com/search?q=ca... https://www.timeout.com/bangkok/blog/in-pictures-t... https://sabahan.com.my/tajau-warisan-generasi