Takar_kanopi
Takar_kanopi

Takar_kanopi

Takar kanopi (Jawi: ‏تاکر کانوڤي‎code: ms is deprecated ‎) ialah bekas yang digunakan oleh orang Mesir purba semasa proses mumia untuk menyimpan dan memelihara organ dalaman pemiliknya untuk kehidupan akhirat. Ia biasanya diukir daripada batu kapur atau diperbuat daripada tembikar.[1] Takar begini digunakan oleh orang Mesir purba dari zaman Kerajaan Lama, sehingga Zaman Akhir atau Zaman Ptolemaik, yang ketika itu organ hanya dibalut dan diletakkan bersama badan.[2] Organ-organ tidak disimpan dalam satu takar sahaja: setiap takar disediakan untuk satu organ tertentu. Istilah kanopi datang daripada salah faham ahli kaji Mesir awal dengan Kanopus (Κάνωβος) dalam legenda Yunani—kapten kepada kapal Raja Sparta, Menelaus, dalam pelayaran ke Troia—"yang dikebumikan di Kanopus di Delta di mana dia dipuja dalam bentuk takar".[3] Dalam versi lain, nama itu berasal dari lokasi Kanopus (kini Abukir) di Delta Nil barat berhampiran Iskandariah, di mana takar berkepala manusia dipuja sebagai personifikasi dewa Osiris.[4]Takar kanopi Kerajaan Lama jarang bertulisan dan mempunyai penutup biasa. Dalam zaman Kerajaan Pertengahan, tulisan mula menjadi kebiasaan dan penutupnya sering berbentuk kepala manusia. Menjelang Dinasti Kesembilan Belas, keempat-empat penutup menggambarkan salah seorang daripada empat anak lelaki Horus, sebagai penjaga organ-organ di dalamnya.

Rujukan

WikiPedia: Takar_kanopi https://www.britishmuseum.org/collection/object/Y_... https://www.egypt.swansea.ac.uk/index.php/collecti... https://web.archive.org/web/20131217221752/https:/... https://web.archive.org/web/20130118054218/http://... http://dispatch.opac.d-nb.de/DB=1.1/LNG=EN/CMD?ACT... https://digitool.is.cuni.cz/R/AEF3LI5A1A6MRJ5EY8DV... https://www.digitalegypt.ucl.ac.uk/burialcustoms/c... https://books.google.com/books?id=RulD63Y3BlAC&q=C... https://archive.org/details/egyptiandiviniti00gada