Kerajaan_Lama_Mesir
Kerajaan_Lama_Mesir

Kerajaan_Lama_Mesir

Dalam sejarah Mesir kuno, Kerajaan Lama adalah tempoh yang merangkumi kk. 2686-2181 SM. Ia juga dikenali sebagai "Zaman Piramid" atau "Zaman Pembina Piramid", kerana ia merangkumi pemerintahan pembina piramid besar Dinasti Keempat — di antara mereka Raja Sneferu, yang menyempurnakan seni pembinaan piramid, dan raja-raja Khufu, Khafre dan Menkaure, yang membina piramid di Giza.[1] Mesir mencapai kemuncak mapan pertama tamadun semasa Kerajaan Lama—yang pertama daripada tiga zaman yang dipanggil "Kerajaan" (diikuti oleh Kerajaan Pertengahan dan Kerajaan Baru) yang menandakan ketinggian tamadun di bahagian hilir Lembah Nil. Konsep sebuah "Kerajaan Lama" sebagai salah satu daripada tiga "zaman kegemilangan" dicipta pada tahun 1845 oleh ahli Ilmu Mesir, Baron von Bunsen, dan takrifannya berubah dengan ketara sepanjang abad ke-19 dan ke-20.[2] Bukan sahaja raja terakhir dari Temopoh Dinasti Awal mempunyai kaitan dengan dua raja pertama Kerajaan Lama, tetapi "ibu kota"—kediaman diraja—kekal di Ineb-Hedg, nama Mesir Kuno untuk Memphis. Justifikasi dasar untuk perpisahan antara dua zaman ini adalah perubahan berevolusi dalam seni bina yang diiringi oleh dampak pada masyarakat Mesir dan ekonomi projek-projek bangunan besar-besaran.[3]Kerajaan Lama sering dianggap sebagai zaman dari Dinasti Ketiga hingga Dinasti Keenam (2686-2181 SM). Maklumat dari Dinasti Keempat hingga Dinasti Keenam Mesir adalah terhad, dan para ahli sejarah menganggap sejarah era itu secara harfiahnya "ditulis pada batu" dan sebahagian besar seni bina kerana hanya melalui monumen dan inskripsi mereka yang para sarjana dapat menjejaki sejarah mereka.[1] Ahli Mesir juga merangkumi Dinasti Ketujuh dan Kelapan di Kerajaan Lama sebagai kesinambungan pentadbiran yang berpusat di Memphis. Walaupun Kerajaan Lama adalah tempoh keamanan dan kemakmuran dalam negara, ia diikuti dengan tempoh perpecahan dan penurunan budaya secara relatif yang dirujuk oleh ahli Mesir sebagai Tempoh Perantaraan Pertama.[4] Semasa Kerajaan Lama, raja Mesir (belum dipanggil Firaun sehingga Kerajaan Baru) menjadi tuhan yang hidup secara mutlak dan boleh menuntut perkhidmatan dan kekayaan rakyat jelatanya.[5]Di bawah Raja Djoser, raja pertama Dinasti Ketiga Kerajaan Lama, ibu kota Mesir dipindahkan ke Memphis, di mana Djoser mendirikan istananya. Satu era baru bangunan dimulakan di Saqqara di bawah pemerintahannya. Arkitek Raja Djoser, Imhotep, dikreditkan dengan pembangunan binaan batu dan dengan konsep bentuk seni bina baru—piramid tangga.[5] Kerajaan Lama mungkin paling terkenal dengan sejumlah besar piramid yang dibina pada masa ini sebagai tempat penguburan bagi raja-raja Mesir.