Tempoh_Perantaraan_Pertama_Mesir
Tempoh_Perantaraan_Pertama_Mesir

Tempoh_Perantaraan_Pertama_Mesir

Tempoh Perantaraan Pertama, sering kali digambarkan sebagai "zaman kegelapan" dalam sejarah Mesir purba, menjangkau kira-kira 125 tahun, dari kk. 2181-2055 SM, selepas berakhirnya Kerajaan Lama.[1] Ia terdiri daripada Dinasti Ketujuh (walaupun kebanyakannya dianggap palsu oleh ahli Mesir), Kelapan, Kesembilan, Kesepuluh, dan sebahagian dari Dinasti Kesebelas. Konsep "Tempoh Perantaraan Pertama" dicipta pada 1926 oleh pakar-pakar Mesir Georg Steindorff dan Henri Frankfort.[2]Bukti melalui monumen sangat sedikit yang bertahan dari zaman ini, terutama dari awal era. Tempoh Perantaraan Pertama adalah masa yang dinamik di mana pemerintahan Mesir dibahagikan antara dua pangkalan kuasa yang bersaing. Salah satu pangkalannya adalah di Heracleopolis di Mesir Hilir, sebuah kota di selatan rantau Faiyum. Yang lain adalah di Thebes di Mesir Hulu.[3] Adalah dipercayai bahawa pada masa ini, kuil-kuil telah dijarah dan diserang, karya seni telah dirosakkan, dan patung-patung raja telah dipecah atau dimusnahkan akibat kekacauan politik yang berlaku.[4] Kedua-dua kerajaan ini akhirnya berkonflik, yang membawa kepada penaklukan utara oleh raja-raja Thebes dan penyatuan semula Mesir di bawah pemerintahan tunggal, Mentuhotep II, semasa bahagian kedua Dinasti Kesebelas. Peristiwa ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan Mesir.

Tempoh_Perantaraan_Pertama_Mesir

Ibu kota
• Dibubarkan  kk. 2055 SM
Pemerintahan Monarki
Agama Agama Mesir kuno
• kk. 2181 SM Menkare (pertama)
Bahasa lazim Mesir Purba
Sejarah  
Hari ini sebahagian daripada  Mesir
• kk. 2069 SM – kk. 2061 SM Intef III (terakhir)
Firaun  
• Diasaskan kk. 2181 SM