Talian_Pelanggan_Digital
Talian_Pelanggan_Digital

Talian_Pelanggan_Digital

DSL atau xDSL ialah keluarga teknologi yang membekalkan penghantaran data digital menerusi wayar dalam rangkaian telefon setempat. DSL pada asalnya adalah singkatan bagi digital subscriber loop (gelung pelanggan digital), namun kini istilah digital subscriber line (talian pelanggan digital) sudah diadaptasikan secara meluas sebagai istilah yang lebih mesra pemasaran untuk talian pelanggan digital asimetri (ASDL), versi DSL sedia pakai yang paling popular. DSL boleh digunakan pada masa yang sama dan atas talian telefon yang sama dengan telefon biasa, kerana ia menggunakan jalur berfrekuensi tinggi, manakala telefon biasa menggunakan frekuensi rendah.Kelajuan muat turun khidmat DSL pengguna biasanya dalam lingkungan 384 kilobit sesaat (kbps) hingga 20 megabit sesaat (Mbps), bergantung kepada teknologi DSL, keadaan talian dan pelaksanaan peringkat servis. Selalunya, kelajuan muat naik adalah lebih rendah daripada kelajuan muat turun bagi ADSL manakala sama dengan kelajuan muat turun bagi talian pelanggan digital simetri (SDSL) yang lebih jarang.