Asal Tamadun_Maya

Bukti Arkeologi menunjukkan kaum Maya mula mendirikan bangunan upacara sekitar 3000 tahun dahulu. Terdapat pertelingkahan berkenaan sempadan dan perbezaan di antara kaum Maya yang awal berbanding dengan jiran mereka, tamadun Pre-klasik Mesoamerika, kebudayaan Olmec. Kaum Olmec dan kaum Maya awal kelihatan mempengaruhi sesama mereka.

Binaan terawal terdiri dari timbunan pengebumian yang mudah, awalan kepada piramid yang didirikan dimasa yang berikutnya.

Akhirnya, kebudayaan Olmec pudar selepas pengaruh mereka tersebar ke semenanjung Yucatan, sekarang dikenali sebagai Guatemala, dan daerah yang lain.

Kaum Maya memajukan bandar yang terkenal iaitu Tikal, Palenque, Copán dan Kalakmul, juga Dos Pilas, Uaxactun, Altun Ha, dan banyak tempat yang lain di kawasan itu. Mereka majukan suatu pertanian intensif, empayar berpusat kepada bandar mengandungi dari banyak bandar negara bebas. Binaan yang paling menonjol adalah piramid yang mereka bina sebagai pusat kepercayaan mereka dan istana pemerintah mereka. Peninggalan kaji purba penting yang masih kekal termasuk kepingan batu diukir, lazimnya panggil STELAE (Maya menggelar mereka Tetun, atau "pokok-batu"), yang menggambarkan (pemerintah) disertai dengan teks heiroglyphik yang menerangkan salasilah mereka, kemenangan dalam peperangan, dan pencapaian yang lain.

Kaum Maya terlibat dalam perdagangan jarak jauh di Mesoamerika dan mungkin dengan tempat yang lebih jauh. Barangan perdagangan penting termasuk koko, garam, dan obsidian; lihat juga : kegunaan obsidian di Mesoamerika.