Bahasa Tamadun_Zapotec

sistem ton Texmelucan Zapotec

Bahasa Zapotec termasuk dalam keluarga bahasa yang dikenali sebagai bahasa Oto-Manguean, keluarga kuno bahasa Mesoamerika. Ia dianggarkan bahawa pada hari ini bahasa Oto-manguean mencabang keluar dari umbi yang sama sekitar 1500 BC. Bahasa Manguean kemungkinannya berpisah dahulu, di ikuti oleh cabang Oto-Pamean sementara pemecahan bahasa Mixtecan dan bahasa Zapotecan berlaku kemudian lagi.[3] Kumpulan Zapotecan termasuk bahasa Zapotec dan bahasa Chatino yang berkait rapat. Bahasa Zapotec dituturkan dalam sebahagian Sierra Utara, Lembah Tengah termasuk juga sebahagian Sierra Selatan, di Semenanjung Tehuantepec dan sepanjang persisiran pantai Pasifik.[4] Disebabkan pemindahan keluar Zapotec turut dipertututrkan di sebahagian Bandar Mexico dan Los Angeles, CA.Terdapat tujuh bahasa Zapotec jelas berbeza dan lebih seratus loghat bahasa.

Zapotec merupakan bahasa ton, yang bererti maksud perkataan sering kali ditentukan oleh tinggi rendah suara (tonemes), penting bagi memahami perkataan berlainan. Bahasa Zapotec menonjolkan empat toneme berbeza: tinggi, rendah, menurun, dan menaik.[5]