Taman_Botani_Diraja,_Kew
Taman_Botani_Diraja,_Kew

Taman_Botani_Diraja,_Kew

Kebun Botani Diraja, Kew (bahasa Inggeris: Royal Botanic Gardens, Kew), biasanya dirujuk sebagai Kebun Kew sahaja (Kew Gardens), adalah 121 hektar [2] taman dan rumah kaca botani di antara Richmond dan Kew di barat daya London, England. Pengarahnya adalah Profesor Stephen D. Hopper, yang menggantikan Profesor Sir Peter Crane. Taman Botani Diraja, Kew juga ialah nama pertubuhan yang menjaga Taman Kew dan taman Wakehurst Place di Sussex. Ia adalah sebuah institusi penyelidikan dan pendidikan botani penting dengan 700 kakitangan dan pendapatan £56 juta untuk tahun berakhir 31 Mac 2008, dan juga sebagai suatu tarikan pelawat yang menerima hampir 2 juta lawatan pada tahun itu.[3] Taman ini merupakan sebuah perbadanan awam bukan-jabatan ditaja oleh Jabatan Hal Ehwal Persekitaran, Makanan dan Luar Bandar. Ditubuh pada 1759,[4] taman ini meraikan ulang tahun ke-250nya pada 2009.Pengarah Taman Botani Diraja, Kew, bertanggungjawab terhadap pengumpulan terbesar tumbuhan hidup di dunia. Pertubuhan ini menggaji lebih daripada 650 ahli sains dan kakitangan lain. Koleksi hidup termasuk lebih daripada 30,000 jenis tumbuh-tumbuhan berlainan, sementara herbarium, yang terbesar di dunia, mempunyai lebih daripada 7 juta spesimen tumbuhan terawet. Perpustakaannya mengandungi lebih daripada 750,000 jilid, dan koleksi ilustrasi mengandungi lebih daripada 175,000 cetakan dan lukisan tumbuh-tumbuhan. Tapak Kew mengandungi empat bangunan senarai Gred I dan 36 struktur senarai Gred II dalam sebuah landskap penting secara antarabangsa.[5]

Taman_Botani_Diraja,_Kew

Termasuklah Campanile
Japanese Gateway (Chokushi-Mon)
King William's Temple
Marianne North Gallery, Royal Botanic Gardens, Kew
Museum Number 1
Museum Number 2
Orangery
Queen's Beasts
Ruined Arch, Including Fragments Of Masonry At The Base Of The Arch
Temperate House
Temple Of Bellona
Temple of Aeolus
Temple of Arethusa
The Palm House
The Queen's Cottage
The great Pagoda (London)
Water Lily House
Koordinat 51°28′29″N 0°17′44″W / 51.474667°N 0.295467°W / 51.474667; -0.295467
Kriteria ii, iii, iv[1]
Inskripsi 2003 (sesi ke-27)
Lokasi London Borough of Richmond upon Thames, United Kingdom
Laman sesawang www.rbgkew.org.uk
Rujukan 1084