Taman_Teknologi_Tinggi_Kulim

Taman Teknologi Tinggi Kulim (Bahasa Inggeris: Kulim Hi-Tech Park atau KHTP) merupakan suatu kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kulim, Kedah. Taman teknologi ini dibangunkan secara bersama oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah. Taman ini telah dirancang dan direkabentuk dengan teliti dengan bantuan Japan International Cooperation Agency (JICA), sebuah organisasi yang berpengalaman luas dalam pembangunan industri. Infrastuktur fasa pertama taman ini seluas 250 hektar telah disiapkan pada tahun 1994. Keseluruhan taman teknologi ini seluas 1,450 hektar telah dirancang dengan kerangka persekitaran bagi memenuhi aktiviti teknologi tinggi pembuatan, latihan dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memenuhi cara hidup moden yang sihat.Taman Teknologi Tinggi Kulim dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-tech Kulim. [1][2]

Taman_Teknologi_Tinggi_Kulim

Zon masa MST (UTC+8)
Pembentukan 1996