Tamil_Eelam
Tamil_Eelam

Tamil_Eelam

Tamil Eelam (Bahasa Tamil: தமிழீழம், tamiḻ īḻam) ialah nama yang diberi oleh golongan Tamil tertentu di Sri Lanka bagi negara yang ingin ditubuhkan di kawasan utara dan timur pulau Sri Lanka. Nama tersebut berasal dari nama Tamil kuno bagi pulau Sri Lanka, iaitu Eelam. Sebuah kumpulan militan Tamil bernama Harimau Pembebasan Tamil Eelam (Liberation Tigers of Tamil Eelam, LTTE), yang digolongkan sebagai pertubuhan pengganas yang diharamkan di 31 buah negara termasuk Amerika Syarikat, India, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada dan Australia, mentadbir sebuah negeri de facto di kebanyakan kawasan utara dan timur Sri Lanka. Mulai awal tahun 2009, tentera Sri Lankan melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Tamil Eelam yang berkesudahan kejatuhan angkatan darat biasa LTTE. Saki-baki wilayah Sri Lanka yang dikuasai LTTE, iaitu sebuah pesisir pantai kecil di utara Mullaithivu berhampiran lagun Nathikandal, akhir ditawan pada 18 Mei 2009. Kebanyakan baris kepimpinan awam dan tentera tertinggi Tamil Eelam, termasuklah ketua mereka iaitu Velupillai Prabhakaran, dilaporkan telah dikorbankan oleh tentera Sri Lanka di pertempuran terakhir. Mayat Velupillai Prabhakaran pun telah ditemui. Semenjak itu, negeri Tamil Eelam bukan lagi sebuah entiti maujud, sebaliknya tinggal impian politik yang masih ingin dikecapi oleh ramai golongan Tamil di dunia.