Tan_Keng_Liang

Tan Keng Liang merupakan Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah dan seorang ahli politik Malaysia.Pada 24 Februari 2009, Tan Keng Liang berkata calon daripada MIC harus dipilih untuk bertanding bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebagai menghormati persefahaman pembahagian kerusi pilihan raya sesama kompenan parti Barisan Nasional.[1]Pada 20 April, 2009, Tan Keng Liang mencadangkan penalti RM50,000 bagi anggota Dewan Undangan Negeri dan RM100,000 bagi anggota parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah. Beliau juga menegaskan bahawa peruntukan yang ada bagi sesetengah keadaan tidak komprehensif kerana ia tidak menghukum wakil rakyat yang melepaskan jawatan tanpa sebab yang munasabah.[2] Beliau turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa peruntukan sedia ada dalam Artikel 48 (6) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan di dalam perlembagaan negeri bagi menolak kelayakan seseorang wakil rakyat untuk tempoh lima tahun tidak digunapakai ke atas mereka yang ingin mendapatkan mandat baru dari pengundi untuk menyertai mana-mana parti gabungan.