Plot Tanah_Kubur_(Drama)

  • Permulaan

Cerita bermula sewaktu Datuk Fadhli sedang bersarapan sambil membaca akhbar yang menulis mengenai beliau seorang dermawan utama di Malaysia dan merasa bangga dengan kenyataan tersebut. Isteri beliau Datin Yvonne juga merasa bangga denga kejayaan suami beliau.

  • Perkembangan

Di pejabat, Datuk Fadhli menemui rakan kongsi beliau Datuk Zahrul. Mereka berbincang mengenai bisnes dan keuntungan sama rata yang bakal mereka peroleh jika projek berjaya. Dalam masa yang sama, Datuk ? mahukan tandatangan Datuk Fadhli di atas sebuah perjanjian yang kononnya untuk sewa-beli projek. Tanpa memikir panjang, Datuk Fadhli menandatangani dokumen tersebut.

  • Konflik

Konflik bermula apabila Datuk Fadhli tiba-tiba rebah di pejabat. Rakannya Datuk Zahrul membawanya ke hospital dan kemudian ke banglonya setelah doktor mengesahkan Datuk Fadhli telah meninggal dunia. Apabila Datin Yvonne pulang, beliau amat meratapi kematian suaminya.

Ketika jenazah masih di ruang tamu, mereka yang lain sibuk menguruskan harta peninggalan. Tukang kebun beliau Pak Mat lah yang menguruskan jenazah dalam menyembahyangkan dan segalanya. Anak Datuk Fadhli, Azlan yang baru pulang dari Amerika Syarikat mempersoalkan jenazah bapanya yang hanya dikafankan dengan kain putih sedangkan di Amerika, mereka yang mati dipakaikan sut dan kelengkapan mewah.

Ketika rakan taulan dan sanak isteri yang jahil tentang pengurusan jenazah, imbasan metafora diselitkan dengan kerjaya dan perlakuan Datuk Fadhli menjalankan perniagaannya. Ketika ini, penonton akan mendapati kesalahan yang telah Datuk Fadhli lakukan demi mengejar kekayaan dan kesenangan tanpa memikirkan hari kematian.

  • Klimaks

Amat mengejutkan apabila selesai solat jenazah, imam meminta diri tanpa mengiringi jenazah ke kuburan. Apabila ditanya Pak Mat, imam menjawab jenazah Datuk Fadhli tidak dikuburkan ditempat tersebut kerana tanah kubur yang sedia kosong sudah ditempah oleh jemaah lain. Mereka mempersoal tetapi imam menjawab beliau hanya menjalankan tugas.

Pak Mat membuat keputusan untuk mengebumikan Datuk Fadhli di kuburan kampungnya yang terletak di Johor.

Ketika perjalanan, van jenazah yang membawa jenazah Datuk Fadhli diganggu oleh dua pelumba haram menyebabkan jenazah beliau dihempap keranda. Lebih menyedihkan ketika hendak dikebumi, lahad menjadi kecil dan dipenuhi air. Setelah Pak Mat berdoa memohon agar dipermudahkan urusan pengebumian, Allah makbulkan.

  • Peleraian

Datin Yvonne yang kini tidak mempunyai tempat tinggal setelah banglonya ditukar milik kepada milik syarikat diminta Pak Mat supaya tinggal bersama adiknya di Johor.