Tayangan Tanah_Kubur_(Drama)

Drama ini ditayangkan kali pertama oleh Astro Ria dan kemudian ditayang kembali di Astro Prima. Kini, Astro Oasis merupakan saluran yang menyiarkan drama berbentuk keislaman dan keinsafan. Astro mendapat hak penuh menyiarkan drama tersebut disaluran miliknya. Tayangan pertama telefilem ini adalah pada tahun 2004.[4]

Siri drama Tanah Kubur disiarkan di Astro Oasis bermula 13 Mei 2011 dan tamat pada 29 Oktober 2016, diterbitkan sebanyak 15 musim 197 episod, menjadikannya siri drama keagamaan paling lama bersiaran di rangkaian itu. Ia dibintangi oleh Nasir Bilal Khan yang memegang watak sebagai Tok Adi, seorang penggali kubur yang berdepan dengan pelbagai kejadian aneh semasa menguruskan jenazah si mati, setiap episod menampilkan beberapa pelakon undangan. Kesinambungan drama ini diikuti oleh dua telefilem berikutnya, Tanah Kubur: Syawal dan Tanah Kubur: Ummah Jahiliah.