Pemuliharaan Tanah_lembap

Tanah lembap sering menjadi mangsa kegiatan penyaliran besar-besaran untuk pembangunan hartanah, atau pembanjiran untuk dijadikan tasik rekreasi. Pada tahun 1993, separuh jumlah tanah lembap di dunia sudah tersalir.[12] Semenjak 1970-an, usaha pemeliharaan tanah lembap demi fungsi semula jadinya lebih banyak diberi penekanan, walaupun adakalanya boleh mendatangkan belanja yang lebih. Tanah lembap memberikan fungsi kawalan banjir yang berharga, dan juga berkesan sekali dalam penapisan dan pembersihan air yang tercemar[13] (yang selalu berpunca dari air larian pertanian dari ladang yang menggantikan tanah lembap pada mulanya). Untuk menggantikan khidmat ekosistem tanah lembap ini, sejumlah besar wang telah dibelanjakan untuk membina loji penulenan air dan langkah-langkah pemulihan, pembinaan empangan, tetambak dan bermacam-macam lagi kawalan banjir buatan manusia.

Konvensyen Ramsar

Templat:UtaraKonvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa, Terutamanya Habitat Unggas Air, atau Konvensyen Ramsar, ialah sebuah perjanjian antarabangsa yang dicipta untuk menangani kebimbangan sedunia mengenai kehilangan dan degredasi tanah lembap. Tujuan utama perjanjian ini adalah menyenaraikan tanah lembap yang berkepentingan antarabangsa serta memupuk penggunaannya secara bijak, selaras dengan matlamat utamanya untuk memelihara tanah lembap sedunia. Antara cara-caranya termasuk menyekat kemasukan ke sebahagian besar kawasan tanah lembap, serta mendidik orang ramai untuk membasmi tanggapan salah bahawa tanah lembap ialah tempat buangan.

Rujukan

WikiPedia: Tanah_lembap http://www.for.gov.bc.ca/hfd/pubs/Docs/Lmh/Lmh52.p... http://www.alabamapower.com/hydro/glossary.asp http://www.articlemyriad.com/37.htm http://www.ens-newswire.com/ens/apr2002/2002-04-15... http://www.thewildclassroom.com/biomes/wetlands.ht... http://www.wiley.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd... http://www.cpe.rutgers.edu/brochures/pdfs/1987-Arm... http://www.fws.gov/wetlands/ http://mapping2.orr.noaa.gov/portal/calcasieu/calc... http://naldr.nal.usda.gov/NALWeb/Agricola_Link.asp...