Tanah_runtuh_Cameron_Highlands_2011

Tanah runtuh Cameron Highlands 2011 berlaku pada jam 5.45 petang, hari Ahad, 7 Ogos 2011 di kampung Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di daerah Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia yang berpunca daripada hujan lebat selama satu jam tanpa henti. Tanah runtuh berlaku ketika mereka sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa dan menunggu waktu berbuka.Enam buah rumah Orang Asli suku Semai tertimbus dan tiga rumah lagi terbenam terus. Tujuh mangsa maut termasuk empat wanita dan 3 parah (2 lelaki dan 1 wanita). Mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 rumah yang didiami kira-kira 1,300 penghuni dan juga perkampungan Orang Asli paling lama wujud di sini. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia pada 8 Ogos 2011.[1]