Kontroversi Tanda_Putera

Sebelum pengumuman filem ini, telah tercetus kontroversi tentang ketepatan kandungannya selepas penayangan perdana berhubung dengan rusuhan 13 Mei. Ahli parlimen pembangkang mendakwa bahawa filem ini menggambarkan kaum Cina dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam konteks yang negatif. Selain itu, timbul lagi kontroversi selepas halaman rasmi Facebook filem ini memaparkan satu gambar ahli parlimen, Lim Kit Siang sedang dibawa jauh oleh sekumpulan pegawai beruniform dengan kapsyen dibawahnya yang mendakwa bahawa beliau telah membuang air kecil pada bendera Selangor yang terletak di rumah bekas Menteri Besar Selangor, Harun bin Idris. Lim Kit Siang menafikan dakwaan itu dan berkata bahawa gambar tersebut sebenarnya diambil di Sabah pada tahun 1984, manakala pengarah Shuhaimi Baba menafikan bahawa Lim Kit Siang dipaparkan dalam filem itu. Shuhaimi Baba mempertahankan filem itu dengan mengatakan bahawa ia adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah yang benar serta bukan berunsur propaganda. Shuhaimi Baba juga menegaskan bahawa filem itu berkisar tentang persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, manakala insiden 13 Mei adalah peristiwa atau garis masa yang berlaku sepanjang perkenalan mereka.

Kegagalan filem ini untuk tercalon sebagai Filem Terbaik dan pengarahnya sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 turut mendapat perhatian oleh pengulas filem veteran, Mustafar AR. Beliau mempertikaikan mengapa FFM ke-26 lebih memberi penghargaan kepada filem lain yang “tidak patriotik”.[15] Walau bagaimanapun,Fadli al-Akiti, editor majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak sependapat dengan beliau dengan mengatakan perkara ini sebagai tindakan yang tepat kerana filem ini longgar, mempunyai cerita “berselerak” serta mempunyai babak tergantung.[16]

Rujukan

WikiPedia: Tanda_Putera http://dailyseni.com/index.php/home/news/item/321-... http://www.facebook.com/TandaPutera/info http://www.fz.com/content/mixed-reviews-along-raci... http://www.imdb.com/title/tt3145768/ http://www.malaysiakini.com/news/221933 http://www.ohbulan.com/review-filem-tanda-putera-b... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article... http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/artic... http://www.gua.com.my/berita-artis/KIL_Filem_Terba...