Ulasan Tanda_Putera

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah sederhana dengan pujian terhadap idea yang dibawa oleh filem ini dengan kritikan dari segi penceritaan dan kesinambungan cerita.[5] Kolumnis portal berita, The Malaysian Insider,Muhammad Za’im Mohamad Yusoff, memuji pengarah dengan jayanya mengangkat tema kenegaraan melangkaui partisan.[6] Beliau turut mengulas "Mungkin Tanda Putera itu agen propaganda, tetapi tidak dapat dinafikan ia juga filem mengenang jasa dan air mata." Pendapat beliau turut dikongsi oleh pembaca, Jason Kay yang mengatakan beliau mendapat inspirasi oleh filem ini.[7] Aidil Rusli dari The Star, pula mengatakan filem ini sebagai "...satu pengalaman yang memukau."[8] Yusmirnadia dari portal hiburan Ohbulan.com pula mengatakan " ...filem ini sememangnya berbaloi untuk ditunggu kerana isi dan jalan ceritanya cukup berkesan dalam membangkitkan kembali ingatan rakyat terhadap sejarah kemajuan Malaysia."[9] Rudy Imran Shamsudin dari Harian Metro[10] dan portal hiburan Tupai.com.my memuji persembahan para pelakon terutamanya Rusdi Ramli dan Zizan Nin.[11] Eryna Mahyuni dari The Malay Mail pula mengkritik lakonan pelakon, penulisan skrip dan editing filem ini. Beliau turut mengatakan filem ini harus ditonton supaya menjadi cabaran kepada pengkarya filem akan datang.[12] Carrie Rina dari portal berita Malaysiakini pula mengkritik penggambaran (Tun) Abdul Razak bin Hussein didalam filem ini.[13] Filem ini mendapat rating 3.5 per 10 dalam portal perfileman, IMDb.[14]

Rujukan

WikiPedia: Tanda_Putera http://dailyseni.com/index.php/home/news/item/321-... http://www.facebook.com/TandaPutera/info http://www.fz.com/content/mixed-reviews-along-raci... http://www.imdb.com/title/tt3145768/ http://www.malaysiakini.com/news/221933 http://www.ohbulan.com/review-filem-tanda-putera-b... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article... http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/artic... http://www.gua.com.my/berita-artis/KIL_Filem_Terba...