Tangan_Hitam_(Palestin)

Tangan Hitam ([ الكف الاسود (transliterasi) al-Kaff al-Aswad] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah sebuah pertubuhan bersenjata di Mandat Britain di Palestin. Ia ditubuhkan pada tahun 1930 dan diketuai oleh Syeikh Izz ad-Din al-Qassam kelahiran Syria sehingga kematian beliau pada tahun 1935.[1]Selepas kegagalan Rusuhan Syria 1921 yang dipimpin oleh beliau, al-Qassam melepaskan diri ke Haifa dan terlibat dalam merekrut dan melatih para petani Arab. Sel-sel pergerakan bawah tanah dianggotai tidak lebih dari lima orang. Pertubuhan ini dikenali sebagai Black Hand. Keseluruhannya, beliau merekrut antara 200 hingga 800 ahli. Dalam kebanyakan tindakan mereka mensasarkan sasaran-sasaran Yahudi di utara Palestin di antara tahun 1930 sehingga 1935 dan membunuh sekurang-kurangnya lapan orang Yahudi.[2] Dalam satu peristiwa, tiga anggota Yagur telah terbunuh, dan dalam satu peristiwa yang lain seorang bapa dan anak lelaki beliau terbunuh di Nahalal.Al-Qassam mewajarkan keganasan atas alasan agama. Selepas pembunuhan beramai-ramai Hebron 1929, beliau memperhebatkan promosi propaganda anti zionis dan anti Britain dan mendapatkan satu fatwa daripada Shaykh Badr al-Din al-Taji al-Hasani, Mufti Damsyik, membenarkan penentangan bersenjata terhadap Britain dan Yahudi.Pada November 20, 1935, selepas membunuh seorang pegawai polis Palestin, al-Qassam telah dikepung oleh polis Britain di dalam sebuah gua berdekatan Jenin dan terbunuh dalam satu pertempuran bersenjata bersama-sama tiga orang pejuang beliau. Beberapa orang pejuang Black Hand yang terselamat kemudian terlibat dalam rusuhan Arab 1936–1939 di Palestin.[3]Meskipun pemberontakan al-Qassam tidak berjaya semasa hidup beliau, banyak pertubuhan mendapat inspirasi dari contoh revolusi beliau.[4] Beliau menjadi seorang wira terkenal dan inspirasi kepada pejuang Arab selepas beliau, yang mana semasa rusuhan Arab 1936-1939, memanggil kumpulan mereka sebagai Qassamiyun, para pengikut al-Qassam.