Menu
Tarik_Aku_Ke_Syurga SinopsisZamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan pakar motivasi yang sangat berpengaruh.
Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.
Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?
Menu
Tarik_Aku_Ke_Syurga SinopsisBerkaitan
Tarik tali Tarikh Tarik upih Tarik Aku Ke Syurga Tarikan pelancong di Beijing Tarikan seksual Tarikan pelancong Tarik-Tarik Tarikere Tarik ElyounoussiRujukan
WikiPedia: Tarik_Aku_Ke_Syurga https://www.hmetro.com.my/utama/2022/01/801513/dia... https://www.hmetro.com.my/utama/2022/08/867028/imp... https://www.kosmo.com.my/2022/02/26/adegan-mesra-d...