Tarja_Halonen
Tarja_Halonen

Tarja_Halonen

Tarja Kaarina Halonen ([tar-ya ka-ri-na ha-lo-nén], lahir 24 Disember 1943) ialah seorang ahli politik dari Finland yang merupakan Presiden negara tersebut ke-11 (serta juga wanita pertama memegang jawatan tersebut) dari tahun 2000 sehingga 2012. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam mewakili Organisasi Pusat Kesatuan Perdagangan Finland, setiausaha parlimen Perdana Menteri Finland (1974-1975) dan anggota Dewan Kota Helsinki (1977-1996). Beliau merupakan ahli parlien dari Parti Demokrasi Sosial dari tahun 1979 sehingga pemilihan beliau sebagai presiden pada tahun 2000.[4] Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Hal-Ehwal Sosial dan Kesihatan dari tahun 1987 sehingga 1990, Menteri Keadilan dari tahun 1990 hingga tahun 1991, dan Menteri Luar Negeri dari 1995 sehingga pemilihan beliau sebagai presiden Finland. Halonen sangat digemari ketika memegang jawatan presiden itu dengan pungutan suara yang mencapai setinggi 88% pada bulan Disember 2003. Beliau dipilih semula pada tahun 2006 setelah mengalahkan calon Parti Campuran NasionalSauli Niinistö, dalam pusingan kedua dengan pungutan undian sebanyak 51 peratus. Beliau kehabisan penggal yang dibenarkan untuk jawatan presidennya pada tahun 2012, maka beliau pun meletakkan jawatannya yang diambil alih oleh Niinistö pada 1 Mac tahun tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Tarja_Halonen http://www.parlament.gv.at/PAKT/VHG/XXIV/AB/AB_105... http://c7.alamy.com/comp/D4HBDN/r-l-grand-duke-hen... http://c7.alamy.com/comp/D4HBEJ/finnish-president-... http://c7.alamy.com/comp/D59DDC/finlands-president... http://c7.alamy.com/comp/GPNCPT/finlands-president... http://c7.alamy.com/comp/GYDDMR/the-wedding-party-... http://c7.alamy.com/comp/GYHTWP/belgiums-queen-pao... http://cbsnews3.cbsistatic.com/hub/i/r/2006/05/01/... http://media.gettyimages.com/photos/danish-prince-... http://static1.purepeople.com/articles/5/23/13/5/@...