Tarot

Tarot merupakan satu set kad berjumlah 78 keping yang selalunya digunakan untuk tujuan kerohanian ataupun ramalan nasib. 22 buah keping kad disebut sebagai Major Arcana (Rahsia Teragung) dan 56 kad disebut Minor Arcana (Rahsia Kecil). Ada sarjana yang mengatakan perkataan Tarut berasal dari perkataan Mesir Purba, Tarusy, yang bererti jalan malaikat. Sesetengah pula berpendapat ia berasal dari bahasa Latin, Rotao, yang bererti lingkungan bulat kerana ketas-kertas tersebut melambangkan lingkungan hidup manusia dari kelahiran ke dunia dan berakhir dengan kematian.