Tasik_glasier
Tasik_glasier

Tasik_glasier

Tasik glasier adalah tasik yang terbentuk akibat cairan glasier. Ia terbentuk apabila glasier menghakis tanah, dan kemudian mencair, lalu memenuhi ruang atau lubang yang telah dibuat. Menjelang penghujung tempoh glasier yang lepas, lebih kurang 10,000 tahun dahulu, glasier mula menyusut.[1] Penyusutan atau pengunduran glasier ini sering meninggalkan saki-baki ais di dalam rongga antara drumlin atau bukit. Apabila zaman ais tamat, ia melebur lalu membentuk tasik. Hal ini ketara di Lake District di Barat Laut England kerana endapan pasca glasier adalah antara 4 dan 6 meter dalam.[2] Tasik ini sering dikelilingi drumlin, bersama bukti glasier yang lain seperti morain, esker dan ciri hakisan lain seperti penstriaan dan tanda gelatuk.Tindakan pengerukan oleh glasier mengisar bahan galian di dalam batu semasa glasier membesar. Kisaran galian ini menjadi endapan di dasar tasik, dan sesetengah tepung batuan terampai dalam turus air. Galian terampai ini menyokong hidupuan seperti alga yang menyebabkan air kelihatan berwarna hijau.[3]Tasik-tasik ini mudah dilihat dalam gambar udara bagi:dan beberapa kawasan lain yang diglasierkan semasa zaman ais yang lepas. Garis air bagi kawasan ini juga luar biasa kerana menunjukkan proses geologi yang sama. Berbeza pula kawasan lain yang mempunyai tasik yang bersambung dengan sungai. Garis airnya lebih licin kerana kawasan ini dibentuk oleh hakisan air. Seperti yang dapat dilihat di Lake District, lapisan endapan di dasar tasik boleh memberitahu kadar hakisan dengan mengambil kira kadar hakisan glasier dan penempatan endapan selepas itu. Keadaan unsur bagi endapan itu tidak berkaitan dengan tasik tetapi lebih kepada perpindahan unsur di dalam tanah itu sendiri, seperti besi dan mangan. Penyebaran unsur ini, di dalam dasar tasik, menyumbang kepada keadaan lembangan saliran dan komposisi kimia air tersebut.Pengendapan juga boleh dipengaruhi oleh aktiviti haiwan; termasuk agihan unsur biokimia, iaitu unsur yang dijumpai dalam organisme organik seperti fosforus dan sulfur.