Geologi Tasik_ladam

Sebuah tasik ladam terbentuk apabila sungai membentuk segenting akibat hakisan tebing melalui tindakan hidraulik, lelasan dan kakisan. Lama-kelamaan, segenting menjadi sangat berkelok-kelok, dan leher segenting menjadi semakin sempit sehinggalah sungai dapat melalui segenting semasa banjir, memotong segenting tersebut dan membentuk tasik ladam.

Lengkuk-lengkuk daripada laluan-laluan lama Sungai Songhua di timur laut China boleh dilihat dengan jelas melalui gambar satelit iniTasik ladam dekat Hughes, Arkansas. Bonjolan di sempadan mencerminkan perubahan laluan sungai; apabila sungai berubah laluannya dan memotong laluan lama, sempadan kekal tidak berubah.