Sintaksis Tatabahasa_bahasa_Melayu

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat

    Maklumat selanjutnya: Jenis-jenis ayat bahasa Melayu

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.

Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.