Taufan_Irene
Taufan_Irene

Taufan_Irene

Hurikan Irene ialah ribut tropika yang membadai negara-negara Karibia sebelum bertemu daratan di Carolina Utara, pantai timur Amerika Syarikat. Hurikan ini kemudian merentasi Bandar Raya New York, namun begitu kemusnahan yang dialami hanyalah kecil, tetapi kerosakan yang lebih besar berlaku di tanah besar negeri New York dan Vermont. Apabila ribut ini tiba di Quebec, Kanada, ribut ini kemudian reda dan menjadi ribut luar tropika ketika bergerak masuk ke Kanada Atlantik.[2]Hurikan pertama bagi Lautan Atlantik pada tahun ini terbentuk daripada gelombang tropika yang terbentuk berhampiran Antille Kecil yang kemudiannya berpusar berdekatan Kepulauan Leeward dan membentuk ribut tropika kesembilan bagi tahun 2011. Pada 20 Ogos, Pusat Hurikan Kebangsaan (NHC) mula mengeluarkan nasihat cuaca bagi orang awam. Pada 21 Ogos, ribut tropika Irene bergerak berhampiran St. Croix, Kepulauan Virgin Amerika Syarikat. Keesokannya ribut ini bertemu daratan di Puerto Rico dengan kekuatan angin seolah-olah angin hurikan dan menyebabkan kerosakan harta yang teruk disebabkan oleh angin kencang dan dihanyutkan arus banjir yang deras.Berhampiran Kepulauan Turks dan Caicos, ribut ini berubah menjadi hurikan kategori 3 setelah ribut ini melalui kepulauan Bahama. Kemudian, apabila hurikan ini meluncur ke utara, ekor hurikan ini membadai Florida dengan angin berkelajuan ribut tropika. Pada pagi 27 Ogos, Outer Banks di bahagian timur Carolina Utara merupakan tempat bertemu daratan kali kedua hurikan ini. Hurikan ini bergerak membadai kawasan Hampton Roads di tenggara Virginia [3].