Hurikan Irene ialah
ribut tropika yang membadai negara-negara
Karibia sebelum bertemu daratan di
Carolina Utara, pantai timur
Amerika Syarikat. Hurikan ini kemudian merentasi
Bandar Raya New York, namun begitu kemusnahan yang dialami hanyalah kecil, tetapi kerosakan yang lebih besar berlaku di tanah besar negeri
New York dan
Vermont. Apabila ribut ini tiba di
Quebec,
Kanada, ribut ini kemudian reda dan menjadi
ribut luar tropika ketika bergerak masuk ke Kanada Atlantik.
[2]Hurikan pertama bagi
Lautan Atlantik pada tahun ini terbentuk daripada gelombang tropika yang terbentuk berhampiran Antille Kecil yang kemudiannya berpusar berdekatan
Kepulauan Leeward dan membentuk ribut tropika kesembilan bagi tahun 2011. Pada 20 Ogos, Pusat Hurikan Kebangsaan (NHC) mula mengeluarkan nasihat cuaca bagi orang awam. Pada 21 Ogos, ribut tropika Irene bergerak berhampiran St. Croix,
Kepulauan Virgin Amerika Syarikat. Keesokannya ribut ini bertemu daratan di
Puerto Rico dengan kekuatan angin seolah-olah angin hurikan dan menyebabkan kerosakan harta yang teruk disebabkan oleh angin kencang dan dihanyutkan arus banjir yang deras.Berhampiran
Kepulauan Turks dan Caicos, ribut ini berubah menjadi
hurikan kategori 3 setelah ribut ini melalui kepulauan
Bahama. Kemudian, apabila hurikan ini meluncur ke utara, ekor hurikan ini membadai
Florida dengan angin berkelajuan ribut tropika. Pada pagi 27 Ogos,
Outer Banks di bahagian timur
Carolina Utara merupakan tempat bertemu daratan kali kedua hurikan ini. Hurikan ini bergerak membadai kawasan
Hampton Roads di tenggara
Virginia [3].