Kesan Taufan_Phet

Pada 5 Jun, seramai 16 orang disahkan terbunuh di kawasan Rustaq wilayah Batinah, Oman. Jenazah dibawa ke Hospital Muscat. Mereka yang terbunuh ialah 11 rakyat Oman, dua Bangladesh dan seorang warga Pakistan. [3] Taufan menyebabkan tanah runtuh di wilayah Sharqiyah, bekalan elektrik dan telekomunikasi terputus. Penerbangan ke Pulau Masirah turut terjelas.

Loji LNG Oman turut ditutup sementara. Begitu juga aktiviti gas dan petroleum lain.[4] Sehari kemudian semua kembali normal termasuk di Al Amerat dan Quriyat. Lori tangki minyak kembali masuk keluar di Mina Al Fahal di Muscat.

Pada 6 Jun, laporan rasmi menyatakn jumlah korban meningkat menjadi 24,[5] 21 daripadanya rakyat Oman.

Di Pakistan pula sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kejutan elektrik, dan puluhan lagi cedera. Ribuan yang lain pula kehilangan tempat tinggal.[6]