Kerjaya Taufiq_Hanafi

Kerjaya Taufiq sebagai pelakon bermula sebagai pelakon tambahan untuk telefilem terbitan RTM Sutun pada 2006, semasa berumur 16 tahun. Setelah tamat belajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan, Taufiq bekerja di TVi milik RTM dan turut berlakon beberapa watak kecil. Dari situ beliau mendapat tawaran untuk filem Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.[7] Taufiq turut menjadi pengacara untuk Dokumentari Kembara Sungai untuk siaran RTM pada 2017.[8]

Taufiq dikecam gara-gara watak Sofil dalam drama bersiri remaja Gantung The Series di Indonesia. Sofil merupakan watak antagonis yang mempunyai nafsu songsang. Drama bersiri 16 episod itu mula ditayangkan pada Januari 2018 dan hanya boleh ditonton di aplikasi Tribe di Indonesia dan Astro First di Malaysia.[9]

Pada 27 September 2018, Taufiq merupakan salah seorang pelakon utama filem PASKAL arahan Adrian Teh bersama-sama Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii dan Jasmine Suraya Chin; beliau memegang watak sebagai Ustat.[10] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan menerima ulasan positif daripada media.[11]

Rujukan

WikiPedia: Taufiq_Hanafi http://www.astroawani.com/video-hiburan/filem-pask... http://nstp.dapat.com/nstpweb/NSTPopMMS.aspx?strMM... http://www.gempak.com/artikel/11264/taufiq-hanafi-... http://www.gempak.com/artikel/11657/bawa-watak-ang... http://www.imdb.com/name/nm0161091/ http://www.karangkraf.com/hiburan/taufiq-akhirnya-... http://epaper.mmail.com.my/2017/03/16/breakthrough... http://www.utusan.com.my/hiburan/taufiq-8216-di-ba... https://www.facebook.com/taufiq.hanafi.7 https://www.instagram.com/taufiqhanafi11/