Tauge
Tauge

Tauge

Tauge atau kecambah ialah anak benih yang baru bercambah dan menjadi sejenis sayuran yang popular dan boleh dimakan mentah atau sesudah masak. Disamping itu, ianya bersih daripada racun kulat atau serangga, dan mempunyai vitamin A dan C dan sumber kalsium yang tinggi.[1]Walaupun ada pelbagai jenis tauge, di Malaysia hanya terdapat dua jenis tauge yang utama dan biasa digunakan dalam masakan harian iaitu tauge halus dan tauge kasar. Cara penghasilannya adalah mudah dan bersih jikalau langkah-langkah tertentu diambil dan diawasi. Tauge dicambah dengan mengalirkan air pada biji benih selama beberapa minit dalam beberapa kali sehari sehinggalah tauge mencapai tahap matang yang dikehendaki. Tahap matang tauge berbeza mengikut pasaran tempatan. Tauge biasanya dijadikan dalam ramuan bahan makanan penduduk Asia dan kini menjadi pilihan juga bagi masyarakat Barat.