Taurat_(Tanakh)
Taurat_(Tanakh)

Taurat_(Tanakh)

Untuk rencana berkaitan Taurat dari segi pandangan Islam, sila lihat Taurat.Taurat (Bahasa Ibrani: תּוֹרָה‎, 'Panduan', Pengajaran') ialah nama Yahudi bagi lima buku pertama Tanakh (Kitab Bible Yahudi). Dalam kitab bahasa Ibrani buku-buku tersebut dinamakan mengikut frasa pertama (incipit) teks (nama padanan Kitab Bible Kristian dalam lingkungan): Bereshit ('Genesis'), Shemot ('Exodus'), Vayikra ('Leviticus')[1]), Bamidbar ('Numbers') dan Devarim ('Deuteronomy'). Dalam penulisan Rabai, perkataan 'Taurat' merujuk kepada kedua-dua buku yang lima ini, Torah Shebichtav (תורה שבכתב, 'Taurat yang tertulis') dan Taurat Lisan (Torah Shebe'al Peh (תורה שבעל פה, 'Taurat yang dituturkan'). Taurat Lisan terdiri daripada tafsiran tradisional (pengisahan) serta penambahan (banding pendapat Islam berhubung Taurat) yang disampaikan dari satu generasi ke generasi yang lain, dan sekarang dibukukan dalam kitab-kitab Mishnah (משנה), Talmud (תַּלְמוּד) dan Midrash (מדרש‎) .[2]Ayat-ayat Taurat ditulis pada skrol kulit oleh seorang Sofer dalam Bahasa Ibrani. Sebahagian Taurat mesti dibaca di khalayak ramai sekurang-kurangnya sekali setiap tiga hari, dalam lagu yang dibenarkan hukum Judaisme ('halakhah'), dan di hadapan satu himpunan penganut.[3] Pembacaan ini menjadi asas kehidupan bermasyarakat Yahudi.Mengikut tradisi Yahudi, kesemua hukum-hakam atau undang-undang Yahudi yang terkandung dalam Taurat, sama ada yang bertulis atau lisan, diberi kepada Moses; sebahagian di Gunung Sinai dan sebahagian di Tabernacle (sebuah khemah atau tempat persinggahan)[4]. Mengikut tradisi Yahudi juga, kesemua pengajaran Taurat ditulis oleh Moses dan penulisan itulah menjadi leluhur Taurat yang terdapat pada masa kini. Mengikut sebuah Midrash, Taurat dicipta sebelum penciptaan dunia dan digunakan sebagai pelan induk bagi penciptaan seluruh Alam.[5]