Tebas_dan_bakar
Tebas_dan_bakar

Tebas_dan_bakar

Tebang-dan-bakar adalah teknik pertanian yang membabitkan penebangan dan pembakaran hutan atau kawasan berpokok untuk menghasilkan ladang. Ia merupakan pertanian sara diri yang biasanya menggunakan sedikit teknologi atau peralatan lain. Ia biasanya merupakan sebahagian dari pertanian berpindah randah dan pengembelaan ternakan transhumance.[1]Tebas dan bakar adalah amalan pertanian tradisional secara tebas, bakar iaitu tanaman dicucuk tanam untuk beberapa tahun dan kemudiannya diabaikan dengan petani berpindah ke kawasan lain pula apabila didapati kawasan itu mula tidak subur.[2]Ia boleh menyebabkan kebakaran liar.Tebas-dan-bakar adalah teknik pertanian yang membabitkan teknik pertanian yang membabitkan pemotongan dan pembakaran hutan atau kawasan berpokok bagi membuat ladang. Ia merupakan pertanian sara diri yang biasanya menggunakan sedikit teknologi atau peralatan yang lain. Ia biasanya merupakan sebahagian dari pertanian penanaman berpindah randah, dan pengembalaan pindah ternak ("transhumance").[3]Istilah silam Inggeris bagi tebas-dan-bakar termasuk pertanian assarting, swidden, dan peram api. Pada masa kini istilah "tebas-dan-bakar" kini kebanyakannya dikaitkan dengan hutan hujan tropika. Teknik tebas-dan-bakar digunakan antara 200 hingga 500 juta orang diseluruh dunia.[4][5] Pada tahun 2004 ia dianggarkan bahawa, di Brazil sahaja, 500,000 petani kecil setiap seorang membersihkan purata satu hektar hutan setiap tahun. Teknik ini tidak dapat bertahan melebihi kepadatan penduduk tertentu kerana, tanpa pokok, hujan yang turun menghanyutkan galian yang terdapat dalam tanah menjadikan kualiti tanah dengan cepat menjadi terlalu buruk untuk menampung pertanian. Petani terpaksa berpindah pada hutan dara dan mengulangi proses itu. Kaedah seperti pertanian lembah Inga telah dicadangkan sebagai pilihan lain kepada kemusnahan ekologi ini.[6]