Teh_talua
Teh_talua

Teh_talua

Teh talua atau Teh telur ialah sejenis minuman dari Sumatera Barat[1] yang masyhur di rantau itu. Ramuannya (tambahan pada air masak) ialah teh, gula, kuning telur dan limau kesturi. Telur yang digunakan biasanya adalah telur ayam kampung. Ia biasa diminum oleh para petani yang hendak meladang, sebagai penambah stamina kerja.Satu kaedah tradisional menyediakan minuman ini adalah mengacau kuning telur dan dua sudu gula dalam satu gelas, sehingga wujud suatu adunan. Tuangkan satu sudu air mendidih ke dalam serbuk teh. Tuangkan teh ke dalam adunan dan kacau. Tambah limau kasturi menurut cita rasa.Sekiranya anda membiarkannya seketika setelah menyeduh dengan air teh panas, teh talua akan memaparkan lapisan unik apabila dilihat dari gelas yang jernih. Seperti minuman mahal di kafe. Lapisan atas ditutup dengan buih, bahagian tengah berwarna putih dan bahagian bawah berwarna keperangan.

Berkaitan