Tehrik-i-Taliban_Pakistan

Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP; Urdu/Pashto: تحریک طالبان پاکستان‎; "Pergerakan Taliban Pakistan"), ringkas dikenali sebai Taliban Pakistan, ialah sebuah organisasi penaung pelbagai kumpulan militan Islamist. TTP berpangkalan di wilayah barat laut Republik Islam Pakistan, iaitu di Kawasan Suku Pentadbiran Persekutuan (Inggeris: Federally Administered Tribal Areas) yang terletak pada Garisan Durand (sempadan Pakistan–Afghanistan). Kebanyakan tetapi tidak semua kumpulan Taliban Pakistan bernaung di bawah TTP.[1] Pada Disember 2007, lebih kurang 13 kumpulan bersatu di bawah pimpinan Baitullah Mehsud dan membentuk Tehrik-i-Taliban Pakistan.[2][3] Antara matlamat-matlamat tersurat TTP adalah menentang negara Pakistan, mengenakan hukum syariah mengikut pentafsiran mereka, dan merancang penyatuan menetang tentera NATO di Afghanistan.[2][3][4]