Elemen Tekken

Seperti permainan berlawan yang lain, pemain memilih watak dari sebuah barisan, dan bersemuka dalam pertempuran jarak dekat dengan lawan. Tekken berbeza dengan permainan pertempuran jarak dekat yang lain. Permainan berlawan yang asal selalunya dimainkan dengan butang yang sepadan dengan kekuatan serangan, seperti tumbukan kuat (strong punch) atau tendangan lemah (weak kick). Namun, Tekken menyesuaikan butang kepada setiap anggota badan pahlawan tersebut, membolehkan pemain mempelajari serangan istimewa dengan lebih senang.

Siri Tekken menggunakan butang yang berbeza untuk bahagian kanan dan kiri, menghasilkan empat butang. Trademark lain adalah seperti throw escape dan bermula dari Tekken 2, auto-sekat (autoblock). Tekken 3 memperkenalkan kebolehan untuk bergerak ke latar depan atau latar belakang, digelar sebagai "sidestepping." Tekken 3 juga mengurangkan masa pemulihan selepas dijatuhkan berbanding daripada permainan sebelumnya dan setiap permainan selepas itu memasukkan gulingan (roll) untuk pulih serta merta selepas jatuh ke tanah, membolehkan pemain kembali berlawan dan bukannya menekan butang.

Watak

Tekken terkenal dan dipuji untuk gambaran dan stail wataknya. Pemain boleh memilih watak daripada pelbagai latar belakang dan gaya berlawan. Beberapa watak berasal dari alam ghaib, seperti Devil dan Ogre, sementara watak binatang seperti Roger Jr. dan Kuma memberikan lawak komik (comic relief).