Permainan Tekken

Permainan yang pertama, Tekken, dilancarkan pada tahun 1994 untuk arked dan kemudiannya untuk PlayStation. Dua sekuel, Tekken 2 dan Tekken 3, dilancarkan dengan gaya yang sama pada tahun 1996 dan 1998. Tekken 3 juga dilancarkan sebagai Tekken Advance, untuk Game Boy Advance pada tahun 2001. Pada tahun 2000, sebuah spin-off telah dilancarkan dengan nama Tekken Tag Tournament. Berbeza dengan permainan sebelum ini, Tekken Tag Tournament dilancarkan untuk PlayStation 2 dan mempunyai perlawanan dua lawan dua. Versi naik taraf permainan yang berjudul Tekken Tag Tournament HD akan disertakan ke dalam CD Tekken Hybrid, yang juga menyertakan filem 3D, Tekken: Blood Vengeance, pelancaran ditetapkan pada Disember 2011.

Dua sekuel berikutnya, Tekken 4 dan Tekken 5, juga dilancarkan untuk PlayStation 2 pada tahun 2002 dan 2004, berikutan pelancarannya untuk arked. Versi PlayStation Portable dan PlayStation 3 untuk Tekken 5: Dark Resurrection yang diberi tajuk baru iaitu Tekken: Dark Resurrection, dilancarkan di Jepun dan Amerika Syarikat pada musim panas 2006. Versi Eropah dilancarkan pada 15 September 2006. Versi online untuk Tekken 5: Dark Resurrection juga telah dilancarkan pada tahun 2007 untuk PlayStation Network. Tekken 6 asalnya dilancarkan untuk arked pada tahun 2007, dan versi update berjudul Tekken 6: Bloodline Rebellion dilancarkan pada tahun 2008. Tahun berikutnya, update tersebut dilancarkan untuk PlayStation 3, PlayStation Portable dan Xbox 360 dengan nama Tekken 6. Tekken Tag Tournament 2, iaitu sekuel untuk Tekken Tag Tournament dilancarkan pada 14 September 2011 untuk arked Jepun.

Namco dan Capcom bekerjasama mengerjakan Street Fighter X Tekken dan Tekken X Street Fighter, permainan gabungan untuk francais Tekken dan Street Fighter. Street Fighter X Tekken dibangunkan oleh Capcom dan merangkumi gaya permainan 2D seperti dilihat pada Street Fighter IV, sementara Tekken X Street Fighter dibangunkan oleh Namco dan merangkumi mekanikal permainan daripada Tekken 6.

Tekken Card Challenge juga dilancarkan untuk gameboy Jepun iaitu Wonder Swan. Nina Williams ialah watak utama dalam sebuah permainan spin-off aksi-pengembaraan, Death by Degrees, dilancarkan untuk PlayStation 2 pada tahun 2005. Dua permainan Tekken yang baru juga telah diumumkan untuk Nintendo 3DS dan Nintendo Wii U. Pocket Gamer telah mengesahkan bahawa Tekken Resolute akan dilancarkan untuk telefon bimbit dan Tekken Bowl akan tiba untuk sistem operasi iOS. Permainan untuk sistem operasi iOS tidak termasuk dalam genre permainan berlawan, sebaliknya sebuah permainan mini boling dari Tekken Tag Tournament.

Kemunculan di permainan lain