Penggunaan Teks_biasa

Tujuan penggunaan teks biasa ialah untuk menjadi bebas daripada program-program yang memerlukan cara pengekodan atau pemformatan tersendiri, dan daripada isu-isu reka bentuk komputer seperti tertib bait dan lain-lain. Fail-fail teks biasa dapat dibuka, dibaca, dan disunting dengan pelbagai penyunting teks dan perkakas perisian utiliti lain. Contoh-contoh termasuk Notepad, (Windows) edit (DOS), ed, emacs, vi, vim, Gedit atau nano (Unix, Linux), SimpleText (Mac OS), atau TextEdit (Mac OS X).

Banyak lagi program komputer yang mampu memproses ataupun membuat teks biasa, seperti perintah-perintah DOS, Windows, MacOS, dan Unix serta program seakan-akannya; dan juga pelayar web (beberapa pelayar seperti Lynx dan Line Mode Browser (Pelayar Mod Baris, LMB atau www) hanya memaparkan teks biasa.

Fail-fail teks biasa adalah universal dalam pengkomputan; hampir semua fail kod sumber yang mengandungi arahan dalam sebuah bahasa pengaturcaraan merupakan fail teks biasa. Teks biasa juga sering digunakan buat fail konfigurasi yang dibaca untuk mendapatkan ketetapan yang disimpan pada permulaan sesebuah program, dan juga untuk e-mel.