Tembakan_di_Gereja_Sutherland_Springs


Pada 5 November, 2017, berlaku satu penembakan massa di Gereja First Baptist yang terletak di Sutherland Springs, Texas, kira-kira 30 batu (48 km) timur bandar San Antonio.[1] Si penembak, Devin Patrick Kelley yang berumur 26 tahun daripada New Braunfels yang berhampiran, telah membunuh 26 orang dan mencederakan 20 orang yang lain. Setelah beliau keluar daripada gereja, beliau telah ditembak sebanyak dua kali oleh orang awam tempatan, kemudian melarikan diri dengan menggunakan kereta beliau. Selepas dikejar, kenderaan Kelley terbabas dan beliau didapati meninggal dunia dengan kesan tembakan senjata di kepala beliau.Kejadian ini merupakan penembakan massa yang dilakukan oleh seorang individu yang paling berdarah di Texas,[2] selain juga merupakan penembakan paling berdarah di tempat ibadat dalam sejarah moden di Amerika, mengatasi kejadian tembakan di gereja Charleston, Carolina Selatan pada tahun 2015[3] dan tembakan di kuil Buddha Waddell, Arizona pada tahun 1991.[4]Kelley telah dilarang oleh undang-undang daripada membeli atau memegang sebarang senjata api atau peluru di sebabkan oleh keganasan domestik dalam satu mahkamah tentera semasa berkhidmat dalam Tentera Udara Amerika Syarikat. Pihak Tentera Udara A.S gagal memasukkan rekod kesalahan ini ke dalam database Pusat Maklumat Jenayah Kebangsaan yang dimiliki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). Database ini digunakan oleh Sistem Pemeriksaan Latar Belakang Jenayah Segera Kebangsaan yang mana akan menghalang sebarang pembelian. Kesilapan ini mencetus pihak Tentera Udara A.S untuk melakukan sebuah pemeriksaan.

Tembakan_di_Gereja_Sutherland_Springs

Jenis serangan Penembakan massa
Tarikh 5 November 2017 (2017-11-05)
≈11:20 a.m. (CST)
Tembakan di Gereja Sutherland Springs Ralat sintaks [Full screen] Ralat sintaks
Koordinat 29°16′24″N 98°03′23″W / 29.2732°N 98.0564°W / 29.2732; -98.0564Koordinat: 29°16′24″N 98°03′23″W / 29.2732°N 98.0564°W / 29.2732; -98.0564
Kematian 26
Kecederaan 20
Lokasi Gereja First Baptist
216 4th Street
Sutherland Springs, Texas, A.S.
Pesalah Devin Patrick Kelley