Temberang

"Temberang" ialah lagu oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat. Ia dikeluarkan sebagai single kelimanya pada 20 Disember 2018 melalui Xeno Music dengan lagu dan lirik oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.[1] Lagu ini menjadi rakaman pertama Ayda bersama Xeno susulan penjenamaan semula Xeno Entertainment daripada Paranormal Talents.Ayda mengumumkan pada Februari 2019 bahawa "Temberang" tidak akan dipertandingkan di Muzik Muzik sambil mengatakan: "Saya memang tidak berhasrat mencalonkan lagu ini dalam musim terbaru Muzik Muzik kerana ia dirakam bukan untuk dipertandingkan".[2] "Temberang" ialah sebuah lagu yang dipengaruhi dengan elemen muzik ala ‘dangdut timur tengah’.[3]