Morfologi Tembikai

Sebagaimana anggota suku ketimun-ketimunan lainnya, habitus tanaman ini merambat namun ia tidak dapat membentuk akar yang menjalar malah tidak dapat memanjat tempat yang lebih tinggi. Jangkauan rambatan ia dapat mencapai belasan meter.

Daunnya berlekuk-lekuk di tepinya. Bunganya sempurna, bersaiz kecil berwarna kuning, dengan diameter 3 sm). Dua jenis bunga berputik daripada satu tumbuhan sekaligus iaitu bunga jantan yang hanya memiliki stamen, dan bunga hermafrodit yang memiliki kedua-dua stamen dan pistillum; bunga jenis kedua ini dapat dikenali dari adanya ovarium pada bahagian pangkal bunga berupa pembesaran berbentuk oval.

Buah yang dihasilkan berkulit tebal dan keras dengan corak berwarna hijau pekat atau hijau muda dengan larikan hijau tua. Isi buahnya kelihatan berair serta berwarna merah atau kuning bergantung kepada jenis kultivar yang dipilij.