Tenaga titik sifar (
Inggeris: zero-point energy), juga dikenali sebagai tenaga titik sifar vakum kuantum, ialah
tenaga yang paling rendah yang boleh dimiliki satu
sistem fizik mekanik kuantum; ia adalah tenaga
keadaan asasnya. Semua sistem mekanik kuantum mengalami turun naik walaupun dalam keadaan asasnya dan mempunyai tenaga titik sifar yang dikaitkan, kesan daripada sifat seperti
gelombangnya.
Prinsip ketidaktentuan memerlukan setiap sistem fizik memiliki tenaga titik sifar yang lebih daripada minimum
telaga kemampuan klasiknya. Ini menyebabkan adanya pergerakan walaupun pada suhu
sifar mutlak. Misalnya,
helium cecair tidak membeku dalam keadaan atmosfera biasa dalam sebarang suhu disebabkan tenaga titik sifarnya.Konsep tenaga titik sifar telah dibangunkan di Jerman oleh
Albert Einstein dan
Otto Stern pada tahun 1913, sebagai satu istilah pembentulan yang ditambah kepada formula berasas sifar (zero-grounded) oleh
Max Planck pada tahun 1900.
[1][2] Istilah tenaga titik sifar
berasal daripada perkataan Jerman Nullpunktsenergie.
[1][2] Bentuk lain bagi istilah Jerman ini ialah Nullpunktenergie (tanpa "s").
Tenaga vakum ialah tenaga titik sifar bagi semua
medan di angkasa, yang di dalam
Model Standard melibatkan
medan elektromagnet,
medan tolok lain,
medan fermion dan
medan Higgs. Ia adalah tenaga bagi
vakum, yang dalam
teori medan kuantum ditakrifkan bukan sebagai ruang kosong, tetapi sebagai keadaan asas bagi medan-medan. Dalam
kosmologi, tenaga vakum mungkin adalah salah satu penjelasan bagi
pemalar kosmologi.
[3] Istilah yang berkaitan ialah medan titik sifar, iaitu keadaan tenaga terendah suatu medan.
[4]