Pelantikan Tengku_Muhammad_Fa-iz_Petra_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail_Petra

Baginda telah diisytiharkan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-40 keputeraan al-Sultan Kelantan pada tanggal 30 Mac 1989 dan telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ke-17 dari tahun 2009 hingga 2019.

Baginda telah dimasyhurkan sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, setelah dipertimbangkan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Majlis rasmi penyerahan pelantikan Baginda sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian pada tanggal 18 Oktober 2010.

Menurut Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, Baginda boleh dilantik sebagai pemerintah atau Pemangku Raja Kelantan sekiranya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan berada di luar negeri dalam tempoh melebihi 12 bulan ataupun tidak mampu menjalankan tugasan rasmi baginda, melebihi tempoh yang sama.

Pada 8 Disember 2016, baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan berikutan Sultan Muhammad V dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Baginda telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 16 Februari 2017.

Berkaitan