Tengku_Muhammad_Yusof_Shah

Nama Penuh Tengku Muhammad Yusof Shah berserta gelaran rasmi ialah ; Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Darul Ehsan Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj P.J.K., S.S.A., S.S.I.S., D.K.II.Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj di puterakan pada (28 April 1928 - 3 Januari 2018) merupakan Tengku Aris Temenggong Selangor. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah berpangkat Nenda (Nenda Saudara) kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah merupakan putera ke 19 di antara 25 orang putera kepada Paduka Sri Sultan Selangor ke 5, iaitu Almarhum Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad.Almarhum merupakan antara Kerabat DiRaja yang tertua Selangor kerna masih mempunyai kekanda yang masih ada semasa kemangkatannya antaranya Y.A.M Tengku Nur Anuwar (93 tahun), Y.A.M Tengku Mahmud Shah Al-Haj (92 tahun) dan adindanya Y.A.M Tengku Abdul Murad Shah Al-Haj (89 Tahun). Namun Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah adalah Kerabat DiRaja tertua dikalangan yang bergelar.Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah pernah diberikan kepercayaan dan amanah sebagai Jemaah Pemangku Raja Selangor ketika dibawah Pemerintahan Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah apakala DTYM Raja Muda Selangor - Tengku Idris Shah telah memulakan pelayaran mengelilingi dunia menggunakan kapal layar. Jemaah Pemangku Raja Selangor itu terdiri daripada Y.A.M Tengku Bendahara Selangor – Tengku Azman Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah, Y.D.M Engku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang – Raja Redzwa, Y.D.H Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, dan Mufti Kerajaan Negeri Selangor bagi menjalankan tugas-tugas Sultan Selangor yang mendapatkan rawatan jantung di Orlando Amerika Syarikat.Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah diputerakan pada 28 April 1926 dan dibesarkan di perkarangan Istana Mahkota Puri, Klang. Hasil perkongsian hidup Paduka Ayahandanya; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama suri negeri baginda iaitu Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu’llah Shah. Kekanda dan adinda seibu yang lain adalah;Y.A.M. Tengku To’ Puan Nur Sa’adah – 7 November 1922Y.A.M. Tengku Nur Anwar – 16 February 1924Y.A.M. Tengku Nur Asikhin @ Khaladiah – 1925Y.A.M. Tengku Abdul Rahman – 5 September 1927

Tengku_Muhammad_Yusof_Shah

Ayahanda Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
Pemakaman 3 Januari 2018
Makam Diraja Klang, Klang, Selangor
Pasangan YM Raja Datin Setia Saidatul-Ezam binti Raja Kechil Besar Brig. Jeneral Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid (k.1953 - 2014)
Bonda Tengku Ampuan Fatimah binti Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah
Agama Islam
Kerabat Kerabat DiRaja Selangor
Anakanda YM Tengku Nariman
YM Tengku Mulfi
YM Tengku Yasmin
YM Tengku Soraya
YM Tengku Zarina
YM Tengku Molek Nazarian
YM Tengku Zerah
YM Tengku Farah YM Tengku Muhammad Sharifuddin
YM Tengku Muhammad Yakub
Nama penuh
Nama penuh
Tengku Muhammad Yusof Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj
Kemahkotaan 23 Januari 1937