Minat Tengku_Muhammad_Yusof_Shah

Ketokohan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam hal ehwal keistanaan khususnya yang melibatkan adat istiadat dan sejarah negeri sering dijadikan tempat rujukan oleh pengamat sejarah dan pelajar-pelajar serta lain-lain pihak. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah amat menekankan bahawa sejarah itu perlu diceritakan tanpa perlu dipadam dan di manipulasi mahupun di tokok tambah. Sejarah tetap sejarah dan ianya perlu dibukukan tanpa rasa getar walaupun ianya sukar untuk ditelan mahupun diterima.

Ketokohan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam hal ehwal Adat Istiadat Selangor tidak dapat dinilai, bahkan tidak dapat diandaikan namun ianya semestinya terlalu luas sejak ianya memberikan khidmat dibawah dan menjaga kemuliaan Kebawah Duli-Duli Sultan, Yang di-Pertuan Negeri dan wilayah tanggungan Selangor di atas singgahsana takhta Kerajaan Negeri iaitu; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’Uddin Riayat Shah, Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Keperibadian yang dimiliki oleh Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah banyak mempunyai ciri-ciri dan jiwa almarhum paduka ayahandanya iaitu Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa khususnya yang melibatkan kesenian dan ketegasan dalam hal ehwal yang melibatkan adat istiadat.