1943 Tentera_Darat_Ke-4_Panzer

Ketumbukan panzer ini kemudiannya diperkukuhkan lagi dan mendapat 160 buah kereta kebal baru. Ia kemudian dapat menghentikan ofensif musim sejuk Soviet di selatan Rusia dan kemudian menyerang balas dan merampas semula bandaraya Kharkov pada Mac 1943. Ketumbukan ini menyaksikan sedikit atau tiada pertempuran selama tiga bulan akan datang kerana kedua-dua belah pihak sibuk membina kekuatan mereka untuk pertempuran yang akan datang.

Ketumbukan ini sepanjang musim bunga 1943 telah diperkukuhkan dengan banyak sekali dan mempunyai kekuatan 1,100 kereta kebal dan 250,000 askar menjelang bulan Julai 1943. Ia membentuk pasukan penggempur selatan dalam Pertempuran Kursk. Ketumbukan ini cuba tetapi gagal memecah masuk pertahanan Soviet di Kursk. Ia kemudian berperang dalam siri pertempuran defensif disepanjang saki baki tahun 1943 bagi mengekang Operasi Penyerangan Strategik Dnieper Rendah Tentera Merah. Pada November 1943, pihak Soviet tiba di Kiev dan Tentera Darat Ke-4 Panzer diberi tugas mempertahankan bandaraya itu. Sasaran Soviet ialah menawan kotaraya itu dan memecah rangkaian rel dengan Kumpulan Tentera Darat Tengah atau mengepung Kumpulan Tentera Darat Selatan. Walaupun pihak Soviet telah membebaskan Kiev, memecah garis Dnieper, dan menyebabkan korban yang besar, Tentera Darat Ke-4 Panzer terus bertahan dan pihak Soviet gagal memecah rangkaian rel.