Kelengkapan Tentera_Darat_Malaysia

Sepertimana pasukan tentera darat lain di dunia, Tentera Darat Malaysia dibekalkan dengan senjata-senjata terkini yang diperolehi dari beberapa negara.

Menteri Pertahanan pada waktu itu Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemilihan karbin Colt M4A1 buatan Amerika Syarikat telah dipilih menjadi raifal tempur standard untuk anggota Tentera Darat Malaysia. Pemilihan karbin M4 menepati spesifikasi ATM yang mahukan senjata yang jauh lebih fleksibel, ringan, mempunyai ciri-ciri inovatif dan mudah digunakan. Senjata ini akan dikeluarkan buat di Malaysia dengan secara berlesen oleh SME Ordnance. Perolehan karbin M4 membabitkan permulaan 14,000 unit dan akan dilakukan secara berperingkat. M4 Carbine akan dilengkapkan dengan aksesorinya. Hantaran fasa pertama dijangka Oktober 2006. Pembelian M4 Carbine bernilai RM70 juta melibatkan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pemodenan sistem persenjataan ATM.