Tentera_Laut_India
Tentera_Laut_India

Tentera_Laut_India

Tentera Laut India (Devanāgarī: भारतीय नौ सेना, Bhartiya Nāu Senā) merupakan sebuah cabang tentera laut bagi Angkatan Tentera India. Ia kini memiliki kira-kira 55,000 anggota tetap termasuk 5,000 ahli dari cabang penerbangan tentera laut dan 2,000 komando marin, menjadikan India sebagai angkatan tentera laut kelima terbesar di dunia.[1] Tentera Laut India mengendalikan lebih daripada 155 kapal, termasuk INS Viraat, satu-satunya kapal pengangkut pesawat berdek penuh yang dioperasikan oleh negara di Asia atau Barat Pasifik, bersama-sama dengan jet pejuang.[2]Meskipun objektif utama tentera laut adalah bagi memastikan keselamatan sempadan laut negara, India juga menggunakan kuasa tentera lautnya bagi mempertingkatkan hubungan antarabangsa melalui latihan bersama, lawatan ke pelabuhan dan misi-misi kemanusiaann, termasuk bantuan semasa bencana. Sejak beberapa tahun ini, Tentera Laut India telah melalui pembangunan dan pemodenan ekstensif ke atas armadanya dengan tujuan bagi meningkatkan keupayaannya sebagai tentera laut lepas yang disegani.[3][4] Menjelang tahun 2020, Tentera Laut ini dijangka akan memiliki tiga buah kapal pengangkut pesawat dan tiga buah kapal selam nuklear.

Rujukan

WikiPedia: Tentera_Laut_India http://www.bharat-rakshak.com/NAVY/ http://www.bharat-rakshak.com/NAVY/Galleries/main.... http://www.hinduonnet.com/fline/fl2103/stories/200... http://www.mdlindia.com/ http://www.thomaspmbarnett.com/published/12steps.h... http://indiannavy.nic.in/ http://www.nwc.navy.mil/press/Review/2006/spring/a... http://www.globalsecurity.org/military/world/india... http://www.jmss.org/2008/winter/articles/scott.pdf https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Navy_o...