Tentera_Lubnan_Selatan

Tentera Lubnan Selatan (SLA) (Bahasa Arab: جيش لبنان الجنوبي‎; transliterasi: Jaysh Lubnān al-Janūbi. Bahasa Ibrani: צבא דרום לבנון, צד"ל‎; transliterasi : Tzvá Dróm Levanón, Tzadál) adalah sebuah pergerakan militia Lubnan semasa Perang Saudara Lubnan. Selepas tahun 1979, pergerakan militia beroperasi di selatan Lubnan di bawah pemerintahan Saad Haddad, ketua bagi Kerajaan Lubnan Bebas[1]. Ia disokong oleh Israel semasa Konflik Selatan Lubnan 1982–2000 untuk menentang Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Hezbollah.