Tentera Merah (
Bahasa Rusia: Рабоче-крестьянская Красная армия,
Raboche-
krest'yanskaya
Krasnaya
armiya;
RKKA, atau terjemahan penuhnya iaitu
Tentera Merah Pekerja-Petani) merupakan pasukan bersenjata pertama yang disusun oleh golongan
Bolshevik semasa
Perang Saudara Rusia pada tahun 1918 dan, pada tahun 1922, menjadi pasukan tentera darat untuk
Kesatuan Soviet."
Merah" secara rasminya merujuk kepada darah
kelas pekerja dalam pergelutan mereka menentang kapitalism, dan kepercayaan kepada kesamarataan. Nama "Merah" telah digugurkan pada
25 Februari 1946, apabila simbol-simbol kebangsaan mengantikan semangat-semangat lama revolusi, dan ia kemudian dengan rasminya dinamakan semula sebagai
Tentera Darat Soviet (bahasa Rusia: Советская Армия, Sovetskaya Armiya). Tentera Merah secara beransur-ansur berkembang untuk menjadi pasukan tentera darat terbesar dalam sejarah sejak tahun 1940-an sehingga
kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, walau bagaimanapun
Tentera Pembebasan Rakyat China mungkin melepasi Tentera Merah dari segi saiz dalam beberapa ketika.Rencana ini menumpukan unsur pasukan darat dari Tentera Darat Soviet, yang kemudian dikenali sebagai
Pasukan Darat Soviet. Sila lihat
Angkatan Tentera Soviet untuk perincian keseluruhan pasukan tentera bersenjata Soviet.